Pemilihan Zaid Ibrahim untuk mewakili PKR dalam PRK Hulu Selangor adalah merupakan suatu strategi yang tepat memandangkan pengundi kawasan parlimen PRK Hulu Selangor dari segi komposisinya adalah secara mudahnya 50 peratus Melayu, 30 peratus Cina dan 20 peratus keturunan India.
BN pula sebenarnya telah pun melakukan kesilapan kerana telah memilih calun dari MIC. Ini adalah kerana pengundi keturunan India hanyalah sebanyak 20 peratus sahaja dan dalam keadaan di mana kecenderungan pengundi untuk memilih calun BN sebagai wakil rakyat mereka hanyalah 50-50.
Mungkin BN belum menerima realiti yang keadaan sudah pun berubah, yang mana perubahan itu menuntut BN melakukan perubahan jika hendak terus kekal ataupun menghadapi risiko ditolak rakyat. Keadaan sudah pun berubah, berbanding dengan keadaan sebelum PRU 2008 yang mana sokongan masyarakat kepada BN adalah 80 peratus, yang mengizinkan BN meletakkan sesiapa sahaja untuk jadi calun dan pastinya calun itu akan menang.
Tetapi keadaan telah pun berubah, yang mana sokongan pengundi sekarang adalah 50-50 kepada mana-mana parti sama ada BN atau pun Pakatan Rakyat. Jadi pemilihan calun dari ras majoriti adalah cara yang paling selamat dan mudah untuk memenangi sesuatu kawasan pilihanraya itu. Tambahan lagi sokongan keturunan india terhadap MIC amat-amatlah rendah, hanya sekitar 20 peratus sahaja. 80 peratus lagi sebaliknya mengharapkan kejatuhan MIC, mengharapkan MIC kalah!
Sekiranya MIC kalah dalam PRK ini, maka bersoraklah puak-puak Tamil dalam parti-parti IPF, PPP, Gerakan, Makkal Sakhti, KIMMA, DAP dan PKR. Bukan sahaja puak tamil dari pelbagai parti itu yang bersorak, tetapi puak-puak dari keturunan Sikh, Malayalee, Malabar, Sinhalese, kasta Brahmin dan lain-lain juga akan turut bersorak. Kekalahan itu memberi peluang untuk puak-puak lain, yang selama ini dipinggir dan diketepikan oleh MIC untuk mendapat peluang menjadi calun BN. Mereka sedar selagi MIC bernafas, selagi itulah tiada ruang untuk mereka bersuara, apatah lagi untuk menjadi wakil rakyat BN!

Jadi pemilihan calun dari MIC, telah memberikan Pakatan Rakyat satu kelebihan untuk memenangi kawasan itu dan menyebabkan BN berada dalam keadaan sukar. Ini adalah kerana MIC sendiri pun berada dalam keadaan yang paling lemah dengan sokongan masyarakat India terhadapnya tidaklah padu sebagaimana sebelum ini, maka BN amatlah mengharapkan undi dari orang-orang Melayu yang selama ini merupakan penyokong kuat BN.
Tetapi janganlah BN lupa, yang sokongan orang-orang melayu terhadap BN juga menurun dan tidak sekuat dahulu. Paling banyak pun 50 peratus! begitu juga sokongan masyarakat Cina terhadap BN. Oleh itu pemilihan calun dari parti yang paling bermasalah akan menyebabkan BN kecundang dalam PRK Hulu Selangor nanti.
Untuk itu, BN terpaksa bekerja keras untuk memenangi hati pengundi-pengundi Melayu yang amat mengharapkan calunnya adalah dari UMNO. Persoalan ini sahaja sudah cukup untuk memeningkan BN untuk mendapat undi orang-orang Melayu. Propaganda, fitnah dan lain-lain umpan tidak boleh mengurangkan rasa kehampaan masyarakat Melayu kerana pucuk pimpinan UMNO sendiri yang tidak memberi peluang kepada ahli-ahli UMNO menjadi calunnya. Tanpa sokongan padu dari ahli-ahli UMNO, bolehkah calun BN itu mendapat kemenangan?
Kalau selama ini, wakil-wakil rakyat MIC mendakwa mereka menang bukan kerana sokongan orang-orang melayu, bukan kerana sokongan UMNO, itu mugkin betul kerana mereka mempunyai sokongan padu pengundi keturunan India sebanyak 12,000 orang tetapi sekarang nak dapat 3,000 orang pengundi keturunan India menyokong calun MIC pun susah. Jika selama ini, wakil-wakil rakyat MIC itu begitu sombong dan membiarkan masyarakat melayu terpinggir dan diabaikan, adakah mereka fikir yang masayarakat melayu ini mudah lupa macam selalunya dan akan terus mengundi calun MIC macam biasa, kita tunggu dan lihatlah.
Begitu jugalah apa yang dirasai oleh masyarakat Cina di kawasan Hulu Selangor semasa wakil-wakil rakyat MIC menjadi ahli parlimen kawasan itu. Apa yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat MIC itu kepada mereka, masyarakat Cina di kawasan Hulu Selangor? Jadi janganlah mengharapkan masyarakat Cina mengundi calun MIC itu!
Sebab itulah rata-ratanya rakyat kawasan Hulu Selangor meminta calun kali ini datangnya sama ada dari UMNO ataupun MCA. Tetapi harapan tinggal harapan, sekali lagi kehendak rakyat diketepkan. denyut nadi rakyat diabaikan. Slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN" hanyalah merupakan suatu lagu yang digunakan hanya untuk sedap didengar sahaja, tidak lebih dari itu.
Oleh itu pemilihan Zaid atau sesiapa sahaja dari bangsa Melayu atau pun Cina adalah merupakan suatu kaedah yang strategik untuk memenangi sesuatu kawasan yang mana tidak ada suatu kaum pun yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 60 peratus. Pemilihan calun-calun yang sama bangsa akan hanya menyebabkan kesukaran untuk membuat ramalan calun dari parti manakah yang akan menang. tetapi dengan calun-calun yang datang dari kaum yang berbeza amat mudah diketahui pemenangnya dalam kawasan yang sedemikian.
Jika calun melayu bertemu dengan calun melayu, maka pengundi yang akan menjadi penentu kemenangan calun itu adalah dari pengundi Cina dan India. begitu juga jika calun Cina bertemu dengan calun Cina, maka pengundi yang akan menjadi penentu kemenangan calun itu adalah dari pengundi Melayu dan India. Oleh itu ianya susah diramalkan.
Tetapi jika ada pertembungan antara calun dari etnik minoriti dengan calun dari etnik yang mempunyai bilangan pengundinya lebih banyak, tentunya mudahkan untuk meramalkan siapa pemenangnya kan! Oleh Itu jika PKR memilih calunnya dari kalngan orang Cina, maka calun itu pasti akan menang. I
Ini adalah kerana rakyat Malaysia hari ini sudah tidak memilih simbol atau nama parti lagi, bahkan nama sesuatu parti itulah yang akan menyebabkan kekalahan!, menjadi bebanan, menjadi suatu liabiliti contohnya nama MIC itu adalah suatu liabiliti yang tidak dikehendakki dan sememangnya dibenci oleh keturunan India sendiri. Jika tidak, masakan ada sehinggakan ada dua orang keturunan india hendak menjadi calun menentang calun dari MIC!